Tadabbur juzuk 1

Al Baqarah (Lembu betina)

Sedikit tadabbur dari surah Al Baqarah ini pada ayat 67

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تَذْبَحُوا بَقَرَةً ۖ قَالُوا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا ۖ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ – 2:67

maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: ” Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”

Dalam surah ini, Allah menceritakan kepada kita berkaitan dengan seekor lembu. Ketika Nabi Musa Alaihissalam menyampaikan perintah Allah kepada kaumnya untuk menyembelih seekor lembu betina.

Lalu respon dari kaumnya seperti mana ayat itu

“Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?”

Dalam Bahasa mudah faham,

**********************

Adakah kau nak bergurau?

Biar betul nak kena sembelih lembu. Kan bunuh namanya tu?

Mengarut betul.

**********************

Haa, macam itulah respon yang di berikan kepada Nabi Musa. Lalu apa respon Nabi Musa?

“Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil”

.

Apa pengajaran penting yang kita dapat dari kisah ini?

  1. Jangan ambil ringan dengan perintah Allah

Apa yang dapat kita lihat adalah bagaimana respon kaum Nabi Musa terhadap perintah Allah.

Apabila ianya ARAHAN atau PERINTAH maka, no argument. Jangan banyak soal, wajib taat.

Kenapa Allah merakamkan kisah ini di dalam Al-Quran?

Kerana kisah ini bakal berulang dari zaman ke zaman. Dulu kini dan akan datang bahawa, pelanggaran perintah Allah ini akan sentiasa berlaku walaupun kita tahu azab atau balasan yang akan menimpa. Sama ada tahu atau buat-buat tak tahu.

2. Pesanan buat pendakwah

Ayat ini juga memberi pesanan kepada pendakwah.

“Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil.”

Ayat ini juga memberi pesanan kepada Pendakwah. SIapa pendakwah yang dimaksudkan itu? Pendakwah itu, kita semua. Jadi, sampaikanlah nasihat jika berlaku kemungkaran di sekeliling kita agar kita tidak termasuk dalam golongan yang jahil.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *