solat tahajjud

Definisi Tahajjud

Di dalam tafsirnya, Ibn Kathir menukilkan bahawa tahajjud itu adalah selepas bangun daripada tidur.

Menurut hadis-hadis daripada Aisyah dan Abu Hurairah, Rasulullah akan tidur dahulu sebelum bangun untuk tahajjud.

Daripada Abu Hurairah: “Nabi Sallaallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila seseorag daripada kamu bangun, maka hendaklah dia memulakan solatnya dengan dua rakaat ringan/ringkas.”

Hadis Riwayat Muslim.

Tuntutan Mengerjakan Tahajjud

Solat sunat tahajjud telah disebutkan banyak kali di dalam Alquran dan hadis. Firman Allah:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Maksudnya:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Surah Isra ayat 79

Pada ayat di atas, Allah menganjurkan perbuatan solat sunat tahajjud dan janji Allah untuk memberikan tempat yang terpuji pada sesiapa yang melakukannya.

Juga di dalam sebuah hadith diceritakan, dari Abu Hurairah:

“Baginda ditanyakan mengenai solat yang lebih utama selepas solat fardhu, dan puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadhan, Jawab Baginda: “Solat pada waktu malam dan puasa yang paling afdhal selepas puasa pada bulan Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram.””

Hadis Riwayat Muslim

Juga daripada Abu Hurairah, Abu Daud meriwayatkan:

“Allah merahmati seorang suami yang bangun malam untuk mendirikan solat, lalu mengejutkan isterinya untuk solat juga. Sekiranya isterinya enggan, dia merenjiskan air ke wajah isterinya. Allah merahmati seorang isteri yang bangun malam untuk mendirikan solat, lalu mengejutkan suaminya untuk solat juga. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan air ke wajah suaminya.”

Hadis Riwayat Abu Daud

Semua dalil-dalil ini menceritakan keutamaan untuk mendirikan solat sunat tahajjud.

Waktu Terbaik Solat Sunat Tahajjud

Banyak hadis-hadis menyebutkan bahawa waktu terbaik untuk solat sunat tahajjud adalah pada sepertiga terakhir malam. Sekiranya malam itu bermula waktu isyak dan berakhir pada waktu subuh, terdapat kira-kira sembilan setengah jam waktu malam setiap hari.

Ini bermaksud sepertiga malam terakhir itu adalah bermula sekitar 3 jam sebelum masuknya waktu subuh.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

 يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ ‏

Maksudnya:

“Tuhan kami turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu pada sepertiga malam terakhir. FirmanNya: “Barangsiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan mengabulinya. Barangsiapa yang meminta kepadaKu maka aku aku tunaikan permintaannya. Barangsiapa yang memohon keampunan kepadaKu maka akan aku mengampuninya.”

Riwayat Bukhari

Cara Solatnya

Apa sahaja solat yang dilakukan di antara waktu selepas solat isya (selepas bangkit dari tidur) dan sebelum solat subuh, maka itu adalah solat sunat tahajjud.

Lafaz Niat Tahajjud

“Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah taala”
Kaedah Solat

Rukun solat sunat tahajjud adalah sama sahaja seperti solat dua rakaat yang lain:

Penutup

Tahajjud adalah solat yang sangat dituntut melakukannya. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita bersama menjaganya di dalam kehidupan kita seharian.

BACA: Doa Tahajjud & 4 Kelebihan Tahajjud

2 thoughts on “Solat Tahajjud : Definisi, Dalil dan Panduan Melakukannya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *