Tasbih

Solat Sunat ini dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali. Adakalanya solat sunat juga dilakukan pada waktu malam selepas menunaikan solat sunat tahajjud.

KAIFIAT MELAKSANAKANNYA 

Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam. Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA 

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :

1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta’awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali.

Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalamrukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.

Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.

3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), SurahAl-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.

Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT TASBIH

lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di siang hari satu salam:

niat 1
niat solat sunat tasbih 4 rakaat

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 4 rakaat kerana Allah Taala.

Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di malam hari dua salam:

niat 2
niat solat sunat tasbih 2 rakaat

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA

tasbih semasa solat
bacaan tasbih

Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL SOLAT SUNAT TASBIH

4 Rakaat 2 Salam 

jadual tasbih 1
4 rakaat 2 salam

4 Rakaat 1 Salam

jadual tasbih 2
jadual tasbih 3
4 rakaat 1 salam

DOA SOLAT TASBIH

doa solat tasbih
doa solat sunat tasbih

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat.

Dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan.

Dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami inisebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu.

Dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

BACAAN SURAH

Surah yang biasa dibaca ialah :

Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.

Rujukan dari:

Wikipedia :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Tasbih
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan:Solat_Sunat_Tasbih

Ustaz Jafri Abu Bakar – Cara SOLAT SUNAT TASBIH:
https://www.youtube.com/watch?v=n5Jx4pIVDxM

Jom Like Page FB Nah Kasi:
https://www.facebook.com/NahKasiOfficialPage/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *