menipu yang dibenarkan

Menipu yang dibenarkan oleh Islam hanya pada situasi tertentu sahaja. Dalam hadith ada 3 situasi sahaja dibenarkan menipu mengikut syarak.

Kita perlu berhati-hati dan teliti ketika disaat kita ingin menipu yang dibenarkan oleh Islam, bimbang kita mengambil ringan dalam soal menipu, sehingga kan kita mudah bercakap bohong dan yang lebih bahaya kita merasakan apa yang kita lakukan mengikut syariat Islam.

Lebih kita risau, perkara itu menjadi satu hobi dan kita tak rasa bersalah disebabkan kita beranggapan kita menipu dalam kerangka Islam. Nau’zubillah.

Dalam artikel yang lepas mengenai dosa menipu, kita telah kupas secara mendalam ancaman terhadap pelaku maksiat ini

Adalah lebih baik, sekiranya dibaca artikel tersebut terlebih dahulu, supaya kita berhati-hati untuk melakukan menipu yang dibenarkan syariat.

ANCAMAN MENIPU DALAM AL-QURAN

Dalam Al-quran Allah memberi amaran dengan tidak memberi petunjuk kepada golongan pendusta

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta

Surah Ghafir:28

3 Situasi Menipu Yang Dibenarkan

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Kultsum binti Uqbah

لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ وَيَقُولُ خَيْرًا وَيَنْمِي خَيْرًا

“Orang yang mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, orang yang berkata demi kebaikan, dan orang yang membangkitkan (mengingatkan) kebaikan,”

HR Muslim No. 4717

Dalam hadith yang sama Ibnu Syihab berkata

قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ الْحَرْبُ وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا

Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal, yaitu; dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap istri atau istri terhadap suami (untuk meraih kebahagiaan atau menghindari keburukan).

Situasi Pertama : Ketika Dalam Peperangan

Situasi Kedua : Ketika ingin mendamaikan pihak yang bergaduh.

Sebagai contoh si fulan A bergaduh dengan si fulan B, si fulan A bertanya kepada kita, apa yang si fulan B cakap mengenainya. Maka kita menipu dengan mengatakan si fulan B berkata yang baik-baik sahaja mengenai si fulan A

Walaupun hakikatnya sebenar si fulan B mencaci si fulan A. Begitu jugak kita lakukan ketika si fulan B bertanya kepada kita.

Akhirnya kita menutup pintu amarah pada kedua-dua pihak, dan mereka pun berbaik.

Situasi Ketiga : Suami Menipu Isteri

Perlu jelas bukan menipu dengan bertujuan berbuat maksiat.

Menipu yang dimaksudkan, menipu untuk mengembirakan hati isteri.

Ketika si isteri bertanya, adakah makanan yang dimasaknya sedap. Kita mengatakan sangat sedap, walaupun hakikatnya mungkin terlebih masin atau manis.

Rujukan

Dr. RORA

Ensiklopedia Hadith

One thought on “Menipu Yang Dibenarkan Oleh Islam Dalam 3 Situasi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *