Mengumpat yang dibenarkan

Mengumpat yang dibenarkan islam perlu mengikut garis pandu yang telah ditetapkan. Perkara ini telah dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Solihin

Walabagaimana pun, perlu kita sentiasa beringat dan berhati-hati kerana mengumpat merupakan dosa yang melibatkan orang lain, dan dosa ini amat berat sehingga Allah jelaskan di dalam Al-quran surah Al-humazah ayat 1

Al-Humazah 104:1

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

Dan bukan sekadar dicelakakan oleh Allah malah diberi ancaman ‘kediaman’ yang khas di akhirat

Al-Humazah 104:4

كَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

Al-Humazah 104:5

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?

Al-Humazah 104:6

نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), –

Al-Humazah 104:7

ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ

Yang naik menjulang ke hati;

Al-Humazah 104:8

إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

Al-Humazah 104:9

فِى عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍۭ

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Dalam ayat yang lain juga Allah tekan tentang sifat mengumpat ini dan Allah samakan seperti seseorang yang makan daging saudaranya sendiri.

Al-Hujurat 49:12

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Bagi mereka yang beriman dengan ayat-ayat Allah ini, sudah pasti tidak bermudah-mudah untuk mengumpat dan mengatakan buruk hal orang lain, walaupun ada mengumpat yang dibenarkan oleh Islam.

Pasti kita akan merasa gerun dan perlu benar-benar yakin apa yang kita mahu ungkapkan atau umpatkan itu termasuk dalam kategori mengumpat yang dibenarkan oleh Islam.

6 Keadaan Mengumpat Yang Dibenarkan Dalam Islam

Mengikut Imam An-Nawawi dalam kitab Riyadhus Solihin ada 6 keadaan yang dibenar untuk mengumpat

  1. Melaporkan kepada pihak berkuasa apabila kita dizalimi
  2. Mencerikan maksiat seseorang dalam rangka untuk membenteras perkara mungkan dan berniat untuk mengembalikan sipelaku maksuat ke jalan yang benar.
  3. Menceritakan kepada pihak berkuasa seperti jabatan mufti untuk tujuan mengeluarkan hukum dan fatwa.
  4. Menyampaikan cerita tentang orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan
  5. Menceritakan sesuatu keburukan supaya umat islam terhindar daripadanya, seperti nasihat jangan mengambil ilmu daripada bukan ahlinya.
  6. Menyebut sesuatu perkara yang telah maklum pada individu terbabit seperti bisu dan buta. Dan haram andai kata panggil dengan niat menghina

Semoga Allah memelihara kita daripada dosa mengumpat ini supaya perjalanan diakhirat kita kelak lancar

Baca: MENGUMPAT: DEFINISI, DALIL DAN KESAN.

Rujukan

Mufti Wilayah Persekutuan

One thought on “Mengumpat Yang Dibenarkan Oleh Islam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *