nabi zulkifli

Mengikut riwayat daripada ibnu asakir, Nabi Zulkifli ini adalah anak kepada nabi ayub. Sebelum Nabi Ayub wafat beliau sempat berwasiat kepada anaknya yang bernama Haumal, setelah diwasiatkan pula keapda anaknya Basyar  bin Ayub untuk meneruskan legasi dakwah tersebut. Mengikut kebanyakan ulama, Basyar inilah yang selepas itu digelar sebagai Zulkifli yang bermaksud Orang yang memiliki kemampuan dan ketahanan yang kuat.

Nabi Zulkifli mendapat gelaran ini ketika Al-Yasa yang merupakan raja di wilayah syam ingin mencarikan pengganti beliau, kerana usianya sudah lanjut. Al Yasa mahukan seorang yang kuat kemampuannya untuk mengurus kerja, dan sekiranya berkesempatan Al-Yasa sendiri yang mahu menjadi mentor dan pembimbing kepada bakal penggantinya semasa dia masih lagi hidup.

Lalu Al-Yasa mengumpulkan orang ramai dan bertanya ” Siapakah di kalangan kalian yang mampu memenuhi tiga permintaanku. 1) puasa di siang hari 2) solat di malam hari 3) dan menahan marah.”

Bangunlah seorang laki daripada tempat duduk dengan penuh keberanian dan semangat mengatakan “Aku”

Apabila Al-Yasa lihat lelaki tersebut, Al-Yasa berlalu pergi. Dan pada hari-hari berikutnya Al-Yasa bertanya soalan yang sama dan tertanya hanya lelaki itu sahaja yang berani dan mampu menyahut permintaan Al-Yasa tersebut. Lalu Al-Yasa telah memilih lelaki tersebut untuk menjadi penggantinya kelak.

Lelaki tersebut ialah Nabi Zulkifli dan daripada peristiwa itulah dia mendapat gelaran Zulkifli

PERANCANGAN IBLIS TERHADAP NABI ZULKIFLI

Iblis memulakan perancangan untuk menggoda Nabi Zulkifli. Iblis berjumpa dengan syaitan untuk mengarahkan mereka menggoda Nabi Zulkifli, serentak mereka mengangkat tangan tanda menyerah kalah dan tanda ketidakmampuan. Lalu Iblis berkata ” Biar aku tangani dia”

GERAK KERJA IBLIS BERMULA

nabi zulkifli

Pada siang ketika Nabi Zulkifli ingin berehat dan tidur. Beliau di datangi oleh syaitan yang menyamar sebagai orang tua yang fakir miskin. Nabi Zulkifli sangat penat dan memerlukan istirehat memandangkan malanya telah digunakan untuk beribadah dan siangnya yang lain digunkan untuk bekerja maka pada waktu inilah yang sesuai untuk rehat. Tetapi Iblis datang menganggunya.

Iblis mengetuk pintu rumah Nabi Zulkifli sebelum sempat dia berehat. Maka Nabi Zulkifli bangkit dan membuka pintu. Kemudian iblis bercerita panjang lebar akan masalah yang dihadapinya dengan kaumnya sehinggakan dia dizalimi dan diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

Iblis meneruskan perbicaraanya sehinggalah waktu rehat Nabi Zulkifli sudah habis. Lalu Nabi Zulkifli berkata ” Malam ini datanglah rumah aku, aku akan bantu selesaikan perselisihan diantara kamu dan mengembalikan hak mu”

Tiba waktu malam Nabi Zulkifli menunggu orang tua tersebut tetapi tidak juga dia datang. Maka Zulkifli pun bangun dan meninggalkan tempat tersebut.

Keesokannya Nabi Zulkifli tertunggu si tua tersebut, tapi tidak juga datang sehinggalah sampai ke waktu beliau ingin rehat. Maka pintu rumahnya diketuk oleh lelaki tua tersebut. Lalu Nabi Zulkifli membuka pintu terbabit dan mengatakan kepada dia

” Bukankah aku sudah katakan padamu, datanglah pada waktu malam atau ketika aku berkerja.”

Iblis menjawab ” Mereka ini adalah seburuk-buruk kaum pada waktu malam dan waktu kamu bekerja mereka melayani aku dengan baik tetapi setelah itu mereka menzalimi aku semula”

Setelah itu, zulkifli mengarahkan orang tua itu untuk pulang dan berjumpa dimalam hari.

Akan tetapi hal yang sama telah berlaku. Orang tua itu tidak juga datang.

Pada keesokkanya, akibat rehat yang tidak cukup, Zulkifli meminta kepada keluarga agar jangan bagi sesiapa pun mengetuk pintu rumahnya. Kerana beliau memerlukan rehat dan tidur yang cukup.

Seperti kebiasaan, orang tua itu datang untuk mengetuk pintu rumah Zulkifli, tetapi dia telah dihalang oleh ahli keluarga zulkifli. Apabila tidak berjaya memujuk ahli keluarga itu, Iblis melihat ada ruang angin dirumah tersebut lalu Iblis menyelinap melalui ruang tersebut. Hingga membuatkan orang tua itu secara tiba-tiba sudah berada di dalam rumah dan mengetuk pintu itu daripada dalam untuk mengejutkan Nabi Zulkifli.

Zulkifli terkejut dengan kehadiran orang tua itu sedangkan dia sudah arahkan keluarganya mengawal pintu rumah tersebut. Lalu Zulkifli bertanya :” Bagaimana kamu boleh masuk ke rumah aku?”

Jawab iblis ” Aku masuk melalui lubang angin dirumah kau”

Pada ketika itu, baru Nabi Zulkifli sedar bahawa lelaki tua itu adalah Iblis laknatullah. Serentak dengan itu, iblis berkata ” Ya aku iblis, dan engkau telah menyebabkan aku tidak terdaya untuk menguasai dirimu. Aku telah berusaha untuk membuatkan kau marah, tetapi kau masih tetap berjaya menahan amarah.

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Hatim dan Ibnu Abbas.

ADAKAH NABI ZULKIFLI SEORANG NABI?

Timbul perdebatan adakah Nabi Zulkifli ini seorang nabi atau seorang lelaki yang alim dan berpegang teguh pada kebenaran.

Berdasarkan firman Allah

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar.(Al-Anbiyaa’ 21:85

Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.(Saad 38:48)

Secara zahirnya Allah telah mengangkat Zulkifli didalam alquran sebaris dengan nama-nama nabi lain. Hal ini menunjukkan beliau adalah seorang nabi. Dan ini adalah pendapat masyuhr tentang kenabian Zulkifli.

Apa yang penting adalah karakter yang terbaik ada pada beliau untuk kita contoh dan jadikan tauladan.

Sumber:

Kitab Kisah Para Rasul Para Nabi – Ibnu Kathir

One thought on “Kisah Nabi Zulkifli Dan Bagaimana Mendapat Gelarannya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *