nabi syuaib

Nabi Syuaib diutus kepada bangsa Arab di Ma’an, sebuah daerah di negeri Madyan. Ma’an terletak berdekatan dengan negeri Syam (Syria) sekarang ini. Baginda ialah bapa mertua kepada Nabi Musa  Penduduk-penduduk di Ma’an telah melupakan ajaran-ajaran Rasul terdahulu. Kerana is telah berlalu dalam jarak masa yang lama. Maka kini mereka telah mengalami kesesatan.

Kesesatan mereka sangat aneh sekali, yang belum pernah berlaku dalam sejarah umat sebelumnya, iaitu mereka menganggap “hutan” sebagai tuhan. Alasan mereka kerana hutan itu menakjubkan. Hutan itulah yang mereka sembah. Kepada hutan itulah mereka memohon pertolongan. Dalam kehidupan seharian amat buruk pekerti mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan menindas orang lain. Tipu-menipu sudah menjadi amalan biasa.

Timbangan barang dikurangkan bila menjual, sebaliknya ketika membeli seboleh-bolehnya biar barang berlebihan. Demikianlah cara hidup kalau hanya mengikut hawa nafsu. Akibat perbuatan yang keji itu, maka hilanglah keharmonian hidup dalam masyarakat. Hilang semangat persaudaraan. Tidak ada hormat-menghormati antara satu sama lain.

Sebaliknya mereka sentiasa benci-membenci dan saling bermusuhan.  Alah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah tidak membiarkan penduduk-penduduk di Ma’an itu terus dalam kesesatan. Maka Dia pun mengutus Nabi Syuaib  kepada mereka. Allah memberi kepada baginda pengajaran agama, yang dikuatkan dengan wahyu dan mukjizat.

Nabi Syuaib pun memberitahu kepada kaumnya, bahawa baginda telah diutus menjadi Nabi dan Rasul. Baginda ditugaskan memimpin mereka ke jalan yang benar.

“Kita telah dijadikan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Amat banyak nkbat piemberian-Nya yang kita terima,” ujar Nabi Syuaib kepada kaumnya.

Kemudian baginda mengajak mereka supaya beriman kepada Allah. Mensyukuri nikmat Allah dengan melakukan ibadah kepada-Nya. Mereka seterusnya diseru supaya mengerjakan kebaikan dan menjauhkan diri dari perbuatan keji.

“Seandainya kamu kalian mengikut nasihat saya, Insya Allah kamu kalian akan hidup dalam kesejahteraan, aman, makmur dan bahagia,” jelas Nabi Syuaib dengan sungguh-sungguh.

Seruan suci dan pengajaran yang balk itu tidak diindahkan oleh mereka. Malah sebaliknya mereka menentang keras. Nabi Syuaib dituduh cuba menghina dan membodoh-bodohkan mereka.

Wahai Syuaib! adakah solatmu menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh nenek moyang kami atau melarang kami berbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal.” (QS. Huud: 87)

Namun demikian, baginda tidak berputus asa. Baginda tetap berazam untuk terus menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Baginda sedar, memang tidak mudah untuk membasmi kepercayaan yang salah dan amalan buruk yang telah mendarah daging di kalangan bangsanya itu.

“Aku perlu bersabar. Kalau aku terus berhenti dari berdakwah sekarang ini, kerana kedegilan kaumku, rasanya tentu aku berdosa,” bisik baginda di dalam hatinya.

Demikianlah tingginya azam dan kuatnya semangat Nabi Syuaib. Baginda terus menjalankan tugasnya sebagai Rasul bukan sehari dua, tetapi telah dilakukannya bertahun-tahun lamanya.

Malangnya, kaumnya itu tetap berdegil. Fikiran mereka telah tumpul. Hati mereka keras, lebih keras dari batu. Mereka sedikit pun tidak mengindahkan pengajaran Nabi Syuaib. Sebaliknya baginda telah diberi kata dua: “Jika hendak selamat hendaklah diam, kalau tidak maka terimalah padah yang buruk dari kami.”

“Janganlah kamu bersikap sombong. Saya bimbang, Jika kamu tetap kufur, Tuhan akan menimpakan bala bencana kepada kamu.” Nabi Syuaib memberi amaran dengan harapan mereka akan insaf.

“Ah! Dusta. Mana ada Tuhan lain dari tuhan kami. Jangan engkau cuba menakut-nakutkan kami. Kalau benar engkau ada Tuhan, mintalah kepadanya supaya menurunkan bala kepada kami dengan segera!” jawab mereka dengan sombong.

Mendengar kata-kata demikian, Nabi Syuaib menggeleng-gelengkan kepalanya. Kedegilan dan kejahatan kaumnya telah sampai ke kemuncaknya. Ketika itu baginda berserah diri kepada Allah.

Bala Tuhan Terhadap Kaum Nabi Syuaib

Orang yang beriman sentiasa bermohon rahmat Allah. Orang yang beriman mohon semoga Allah memberikan kesejahteraan, keamanan dan kebahagiaan. Di samping itu berlindung diri kepada Allah dari mendapat malapetaka dan bala bencana.

Tidak demikian halnya bagi kaum Nabi Syuaib yang tinggal di Madyan. Kebanyakan mereka minta supaya Tuhan menurunkan bala. Mereka tidak percaya adanya Allah. Mereka ingkar perintah Allah. Dan mereka menghina Nabi Syuaib, Utusan Allah.

Allah sangat murka kepada mereka. Lalu Allah timpakan ke atas mereka bala bencana yang dahsyat.

Mula-mula hawa terasa tersangat panas. Ini menyebabkan penduduk di Madyan pada hari itu kesemuanya berlindung diri di rumah masing-masing. Binatang-binatang ternakan terpaksa ditinggalkan di padang rumput. Barang-barang perniagaan di pasar dibiarkan seolah-olah tidak bertuan.

Masing-masing merasa tersangat haus. Anehnya mereka minum seberapa banyak sekalipun, tetapi dahaga, tidak juga hilang.

nabi syuaib
Penempatan Di Ma’an, Jordan

Sungguhpun mereka telah berlindung di dalam rumah masing¬masing, namun bahang panas tetap mereka rasai. Malah kepanasan semakin meningkat tinggi seolah-olah mereka berdekatan dengan api yang besar. Kini mereka terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

Ingin mencari perlindungan dari hawa yang terlalu panas. Ke mana mereka hendak berlindung? Mereka menjadi kebingungan. Masing-masing berlari ke sana sini tak tentu hala. Akhirnya mereka menuju ke hutan. Mereka menyangka di sana tentu mendapat perlindungan, kerana hutan dianggap sebagai tuhan. Tetapi ternyata harapan mereka kosong. Hutan bukan tuhan.

Hutan tidak mendengar rayuan mereka. Dan is tidak berdaya memenuhi permintaan mereka. Bahang panas terus bertambah meningkat. Kini masing-masing terasa betapa derita yang dialami. Tidak berapa lama kemudian, kelihatan awan hitam yang tebal; datang beriring.

Mereka berlumba-lumba menuju ke bawah naungan awan tersebut. Masing-masing menyangka tentu dapat berlindung dari hawa panas yang tidak terperi itu. Setelah kesemuanya orang kafir itu berkumpul di bawah naungan awan hitam itu, tiba-tiba terdengar bunyi yang tersangat kuat dari langit. Bumi tempat mereka berpijak bergerak. Kemudian awan itu bertukar menjadi api, lalu membakar mereka hingga menjadi abu yang berterbangan. Kini lenyaplah kesemua orang kafir di daerah Ma’an.

Demikianlah bala Tuhan yang sengaja mereka pinta. Bala itu datang setelah mereka mengalami kesesatan, yang tak dapat diperbaiki lagi. Sementara Nabi Syuaib dan pengikut-pengikutnya yang beriman telah diperlindungi Allah.

Mereka kesemuanya dalam keadaan selamat dan sejahtera. Lalu baginda a.s. bersabda kepada mereka: “Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu risalah atau penga-jaran suci dari Tuhanku dan aku telah beri nasihat-nasihat kepada kamu. Sekarang saksikanlah apa yang berlaku terhadap kaum yang kafir dan ingkar.”

Rujukan kepada artikel Kisah Nabi Ismail:

Kisah Para Nabi dan Rasul: Ibnu Katsir

JIKA ANDA BERMINAT DENGAN BUKU YANG MENCERITAKAN BERKENAAN KISAH NABI ISMAIL DAN BANYAK LAGI, ANDA BOLEH BELINYA DISINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *