kisah nabi ismail

Kisah Nabi Ismail yang di perintahkan oleh Allah untuk di korbankan. Nabi Ibrahim diuji oleh Allah sekali lagi. Kali ini ujiannya itu amat berat sekali. Setelah baginda berpisah sekian lama dengan isteri dan anaknya Nabi Ismail yang dikasihi kini timbul kerinduan yang amat sangat untuk bertemu dengan kedua-duanya.

Dulu, selepas baginda meninggalkan mereka di bumi Mekah yang tandus, baginda telah berjalan merentasi padang pasir yang luas hingga akhirnya telah sampai semula di Palestine. Di sana hiduplah baginda dengan isteri pertamanya, Sarah.

Ingatan baginda terhadap isterinya yang kedua, Siti Hajar dan anaknya, Ismail tidak pernah luput. Baginda sering mengutus orang untuk mengetahui keadaan kedua-duanya itu.

Kini baginda pun berangkatlah meninggalkan negeri Palestine menuju arah ke selatan.

Setelah berjalan beberapa minggu di padang pasir itu dengan menaiki unta, akhirnya sampailah baginda di negeri Mekah. Alangkah gembiranya baginda mendapati Mekah benar-benar telah bertukar corak, seperti yang pernah digambarkan oleh orang-orang yang diutusnya. Bertambah-tambah gembira lagi bahawa isterinya, Siti Hajar dan puteranya, Nabi Ismail mendapat penghormatan yang tinggi dari penduduk-penduduk Mekah dan orang-orang yang berkunjung ke sana. Mereka menjadi penguasa Telaga Zamzam, sebuah telaga yang amat penting di Mekah.

Nabi Ibrahim bertanya kepada siapa yang ia temui, di mana anak dan isterinya sekarang. Mereka memberitahu bahawa kedua¬duanya ada di suatu dataran, sedang menggembala kambing. Baginda pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh mereka itu. Akhirnya bertemulah baginda dengan anak dan isterinya di tempat yang dikenali sekarang ini dengan nama Padang Arafah.

Pertemuan mereka itu sungguh mesra sekali. Maklumlah sudah sekian lama berpisah. Mereka serentak bersama mengucapkan kalimat-kalimat kudus takbir dan tahmid: “Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamdu” (Allah yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Segala pujian bagi Allah).

Perintah Menyembelih Nabi Ismail

Setelah itu mereka berbual-bual panjang menceritakan hal masing¬masing semasa dalam perpisahan selama ini. Kemudian pada waktu petang setelah matahari terbenam, Nabi Ibrahim bersama dengan isteri dan anaknya Nabi Ismail berangkat pulang ke kota Mekah. Mereka berhenti di suatu tempat yang sekarang ini dinamakan Mudzalifah (dalam Quran disebut Masy’aril Haram).

Di situ mereka tertidur kerana tersangat letih. Di dalam masa tidur itu, Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda supaya menyembelih anaknya Ismail sebagai korban. Setelah baginda terbangun, lalu baginda membisikkan ke telinga anaknya: “Wahai anakku, ayahanda bermimpi diperintah oleh Allah untuk menyembelih engkau, bagaimanakah pendapatmu?”

“Wahai ayahandaku, laksanakanlah apa yang diperintah Allah itu, dan anakanda akan tetap tabah, Insya Allah.” Nabi Ismail patuh penuh rela.

Kedua-duanya pun bersiap untuk menjalankan perintah itu pada saat itu juga. Mereka berangkat menuju ke suatu tempat di daerah yang berbukit-bukit, di kaki sebuah gunung, iaitu dalam daerah yang disebut Mina sekarang ini.

Sebelum sampai ke tempat yang dituju itu, di tengah jalan keduanya berjumpa dengan seorang lelaki. Lelaki itu bertanya ke manakah tujuan mereka. Lalu Nabi Ibrahim menerangkan hal sebenarnya. Mendengar jawapan baginda lelaki itu terperanjat besar. “Anak ini satu¬satunya yang hendak dikorbankan?” tanya lelaki itu kehairanan.

“Ya, akan saya korbankan kerana mentaati perintah Allah,” jawab Nabi Ibrahim, tegas.

Lelaki itu menahan Nabi Ibrahim dari meneruskan rancangannya dengan berbagai-bagai alasan.

Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail telah menyedari bahawa lelaki itu sebenarnya adalah Iblis yang menjelma sebagai manusia, lantas kedua-duanya bertindak untuk melawannya. Iblis itu dilempar oleh mereka dengan batu berulang-ulang sehingga ianya jatuh tersungkur. Tempat ini dikenali dengan nama Jumratul Ula.

Kedua-dua baginda Nabi meneruskan perjalanan mereka lagi. Setelah berjalan kira-kira sejauh 400 meter, mereka berjumpa seorang lelaki jelmaan dari lblis juga. Lelaki ini juga cuba menghalang baginda Nabi dari menunaikan perintah Allah.

Iblis itu dibaling dengan beberapa ketulan batu oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail hingga is lari lintang-pukang. Setelah itu kedua-dua baginda Nabi berjalan lagi. Tidak berapa lama kemudian muncul pula Iblis yang lain yang menjelma sebagai seorang manusia juga.

Iblis yang baru dijumpai ini menggoda Nabi Ibrahim agar membatalkan rancangannya itu. Dia cuba memperdayakan baginda dengan berbagai-bagai alasan, tetapi baginda Nabi tetap teguh imannya. Baginda menyedari bahawa sesungguh syaitan atau iblis itu memang menjadi musuh yang ketat kepada manusia.

“Nah, terimalah habuanku ini…,” ujar Nabi Ibrahim dengan geram.

kepada Iblis itu sambil melontar berulang-ulang kali dengan ketulan patuhi perintah Tuhan dalam mimpimu. Kami akan membalas kepada orang yang berbuat kebaikan dan sesungguhnya ini adalah cubaan yang terang dari Allah.”

Kisah Nabi Ismail
Tempat Penyembelihan Agung

Nabi Ibrahim segera menoleh ke tempat datangnya suara itu, baginda melihat satu, Malaikat turun ke bawah membawa seekor kambing biri-biri yang gemuk dan sihat. Berkata Malaikat itu: “Wahai Ibrahim, sembelihlah biri-biri ini sebagai ganti anakmu Ismail. Makanlah dagingnya. Jadikanlah hari ini hari raya bagi kamu berdua. Dan sedekahkanlah sebahagian dari dagingnya kepada fakir miskin sebagai korban.”

Darah tumpah menyimbah di atas batu membasahi bumi. Bukan darah Nabi Ismail, tetapi darah seekor kambing biri-biri yang gemuk dan sihat. Demikianlah caranya Allah menebus korban Ismail dan korban Nabi Ibrahim. Ditebus oleh Allah dengan satu penyembelihan agung: “Kami tebus dia dengan satu sembelihan agung.” (Sarah Al-Saffat: 107)

Umat Islam yang lainnya juga disuruh supaya membuat korban dengan menyembelih binatang-binatang tertentu bagi mengingati pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ini. Acara korban hendaklah dilakukan pada Hari Raya Haji.

Ikuti sambungan siri yang seterusnya dimana nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail membina Ka’bah.

Bacaan Siri Lain:

Dihantar Ke Bumi Yang Tandus (Siri 1)

Kisah Nabi Ismail – Munculnya Telaga Zam-Zam di Tanah Yang Tandus (Siri2) 

Rujukan kepada artikel Kisah Nabi Ismail:

Kisah Para Nabi dan Rasul: Ibnu Katsir

JIKA ANDA BERMINAT DENGAN BUKU YANG MENCERITAKAN BERKENAAN KISAH NABI ISMAIL DAN BANYAK LAGI, ANDA BOLEH BELINYA DISINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *