Wood photo created by prostooleh - www.freepik.com

Kenapa di Malaysia selalu baca Surah Yasin pada malam Jumaat?

Apakah yang sepatutnya kita dapat daripada bacaan yasin pada malam Jumaat?

2 persoalan ini mungkin barangkali terlintas di fikiran kita rakyat Malaysia kerana menjadi amalan di sini setiap malam jumaat, tapi tahukah kita apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Allah dalam ayatNya iaitu surah Yasin ini?

Ada 1 cerita menarik yang apabila dibaca surah ini, kita akan lebih bermotivasi dengannya.

3 orang rasul, diutus kepada 1 kaum. Dipendekkan cerita, Allah datangkan pembantunya yang dikenali sebagai Habib An-Najjar (Habib si tukang kayu) menurut riwayat Ibnu Abbas. Lelaki ini hidup sebagai seorang tukang kayu.

Selama lebih 70 tahun hidup dalam masyarakat yang syirik, akhirnya dia memilih untuk menjadikan islam sebagai agamanya.

Apa yang bagusnya tentang cerita lelaki ini?

Cerita lelaki ini adalah cerita seorang yang PROAKTIF dalam membantu agama Allah.

Apa beza reaktif & proaktif?

Reaktif adalah tindakan yang negatif apabila berlaku sesuatu isu manakala proaktif adalah reaksi positif.

Kisah Habib An-Najjar adalah cerita manusia yang tidak memberi alasan untuk membantu 3 orang rasul dan agama.

Apa alasan yang boleh dibuat oleh lelaki ini?

Mempunyai penyakit kusta

ulama menafsirkan bahawa disebabkan penyakitnya, beliau mengasingkan diri dari masyarakat dan tinggal di dalam gua.

Tinggal jauh di hujung kota

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu – (Yaa Siin 36:20)

ayat ini menunjukkan bahawa lelaki ini tinggal di hujung kota.

Berasa Selesa

boleh sahaja untuk dia beribadat dan terus tinggal di dalam gua tapi apa mesej yang paling besar yang ingin disampaikan kepada kita bahawa, TIDAK BERGOYANG KAKI DAN HANYA DUDUK DI TIKAR SEJADAH SAHAJA.

Tanpa perlu fikir sejauh mana peranannya boleh mengubah masyarakat.

Lelaki ini sangat yakin Allah tidak memandang pada natijah, tetapi Allah memandang pada usaha.

Allah tidak memandang berubah atau tidak kaum, tapi Allah pandang sesungguh mana kamu berdakwah.

Satu-satunya lelaki di dalam Al-Quran, Allah rakamkan perkataan lelaki ini sebelum dibunuh dan selepas dibunuh.

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui – (Yaa Siin 36:26

Akhirnya lelaki ini mati dibunuh oleh kaumnya. berdasarkan ayat di atas kita boleh lihat bahawa, kasihnya lelaki ini terhadap kaumnya sehinggakan sudah diberi ganjaran syurga tapi masih lagi memikirkan kaumnya dengan berkata, Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. SubhanaAllah.

hebat dakwah yang di sampaikan oleh Habib An-Najjar ini.

UNTUK LEBIH MENDALAMI TAFSIR BERKENAAN SURAH YASIN BOLEH KLIK DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *