Istidraj

Bagaimana kita nak tahu kejayaan kita ini adalah istidraj atau merupakan nikmat dari Allah?
.

Ya, jangan keliru dengan rezeki yang kita perolehi kerana setiap nikmat yang kita dapat hanyalah pinjaman oleh Allah, maka jika namanya pinjam, Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja.

Tapi kebanyakan dari kita melihat rezeki yang kita perolehi itu sudah menjadi hak milik kekal kita, sehinggakan tiada bahagian dari orang lain. Sedangkan Allah memerintahkan sebahagian dari harta itu perlu di sucikan dengan zakat.

Berbalik kepada soalan, Bagaimana kita nak tahu kejayaan kita ini adalah istidraj atau merupakan nikmat dari Allah?

.
Sebelum menjawab soalan di atas, kita perlu jelas apakah maksud istidraj ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan ISTIDRAJ?


Dari sudut Bahasa adalah sesuatu yang mengheret kita secara perlahan-lahan.


Tanda-tanda yang kita boleh lihat bahawa kita ataupun seseorang itu ditimpa istidraj adalah ketika mana :


1- dikurniakan nikmat yang terlalu banyak tetapi semakin jauh daripada Allah
2- Dikurniakan umur yang panjang, adakah semakin dekat dengan Allah


Jika ya, maka kita sudah ditimpa ISTIDRAJ.

سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.”Surah al-Qalam (44)

Jadi bagaimana cara untuk kita mengelakkan dari istidraj ini, setiap kali berdoa, ungkapkan Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus.

Doa dari surah Al Fatihah, ayat 6.

Moga-moga kita terhindar dari ditimpa Istidraj ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *