ILUSTRASI KAMBING

Nabi seorang pengembala kambing

Antara hikmah nabi Muhammad ﷺ telah diprogramkan oleh ﷲ SWT dari kecil nabi mengembala kambing. Sebabnya adalah dalam menguruskan kambing tidak perlu kepada pengembala untuk menjerit-jerit untuk menguruskan kambing sebab kambing tidak memahami Bahasa manusia.

Di sini apa yang kita boleh belajar adalah cara mengawal emosi. Tidak perlu marah-marah jika kambing tidak mengikut cakap atau melanggar arahan tuannya.

Nabi menjadi seorang peniaga

Dan seterusnya, nabi Muhammad ﷺ membesar sebagai seorang peniaga/usahawan. Di sini nabi Muhammad ﷺ dilatih untuk menjadi seorang peniaga yang bagus. Nabi belajar macam mana cara untuk memikat manusia untuk barang dagangan yang dijual. Dan nabi Muhammad ﷺ sudah terbiasa dengan objection dan rejection. 2 provisi ini sebenarnya melatih nabi dengan rejection dan penolakan dari mad’u atau objek dakwahnya.

Sehinggalah nabi diangkat menjadi rasul bagi menyampaikan risalah islam.

Dalam awal perjalanan dakwah nabi lagi sudah ada rejection dari bapa saudaranya sendiri. Tapi adakah nabi give up? Tidak, nabi terus & terus menyampaikan.

Inilah marketing yang sentiasa berjalan sehingga hari ini, tujuan yang sama ialah mengEsakan ﷲ.

Dengan melusuri sirah nabi Muhammad ﷺ ini kita dapat belajar 1 perkara penting dalam bisnes iaitulah memperbaiki cara kita berkomunikasi dengan pelanggan.

Ada rejection? Tiada masalah, terus & terus follow up.

Wallahua’lam.

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT KISAH NABI MUHAMMAD ﷺ BOLEH DAPATKAN DISINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *