fitnah

Fitnah mempunyai pelbagai maksud, maksud asal adalah adalah memasukkan emas ke dalam api untuk menguji dan membezakan emas kualiti bagus atau tidak. (Al-Mufrad Fi Gharib Al-Quran)

Ibnu A’rabi telah meringkaskan maksud fitnah dari segi bahasa seperti berikut:

الفتنة الاختبار، والفتنة المحنة، والفتنة : المال، والفتنة الأولاد، والفتنة الكفر، والفتنة اختلاف الناس بالآراء والفتنة الإحراق بالنار

Fitnah bermaksud ujian, fitnah bermaksud cobaan, fitnah bermaksud harta, fitnah bermaksud anak-anak, fitnah bermaksud kekafiran, fitnah bermaksud perselisihan pendapat di antara manusia,  fitnah bermaksud pembakaran dengan api.

Maksud Fitnah Dalam Al-Quran

UJIAN

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Sura Al-Ankabut[29], Ayah 2

وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ Bermaksud ‘Mereka itu belum di uji lagi’

AZAB

ذُوقُواْ فِتۡنَتَكُمۡ هَٰذَا ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تَسۡتَعۡجِلُونَ

(Sambil dikatakan kepada mereka): “Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya”.

Sura Adh-Dhariyat[51], Ayah 14

MEMBUATKAN TERPESONG DARI KEBENARAN

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Sura Al-Ma’idah[5], Ayah 49

SYIRIK

وَقَٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٞ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِۖ فَإِنِ ٱنتَهَوۡاْ فَلَا عُدۡوَٰنَ إِلَّا عَلَى ٱلظَّٰلِمِينَ

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

Sura Al-Baqarah[2], Ayah 193

Berdasarkan Tafsir Ibu Kathir, Fitnah dalam ayat ini ialah bermaksud Syirik

BERBUAT MAKSIAT

يُنَادُونَهُمۡ أَلَمۡ نَكُن مَّعَكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمۡ فَتَنتُمۡ أَنفُسَكُمۡ وَتَرَبَّصۡتُمۡ وَٱرۡتَبۡتُمۡ وَغَرَّتۡكُمُ ٱلۡأَمَانِيُّ حَتَّىٰ جَآءَ أَمۡرُ ٱللَّهِ وَغَرَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ

Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?” Orang-orang yang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).

Sura Al-Hadid[57], Ayah 14

Al-Baghawi mengatakan, mereka menjerumuskan diri mereka dalam kemunafikan dan membinasakan diri mereka dengan maksiat dan mengikuti syahwat.

SAMAR ANTARA BENAR DAN BATIL

وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍۚ إِلَّا تَفۡعَلُوهُ تَكُن فِتۡنَةٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَفَسَادٞ كَبِيرٞ

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.

Surah Al-Anfal[8], Ayah 73

Dalam Tafseer Jami’ul Bayan karangan ibnu Jarir maksud perkataan تَكُن فِتۡنَةٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ ialah berlaku kesamaran antara kebenaran dan kebatilan

KESESATAN

وَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ فِتۡنَتَهُۥ فَلَن تَمۡلِكَ لَهُۥ مِنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔاۚ

Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya.

Surah Al-Ma’idah[5], Ayah 41

PERSELISIHAN

لَوۡ خَرَجُواْ فِيكُم مَّا زَادُوكُمۡ إِلَّا خَبَالٗا وَلَأَوۡضَعُواْ خِلَٰلَكُمۡ يَبۡغُونَكُمُ ٱلۡفِتۡنَةَ وَفِيكُمۡ سَمَّٰعُونَ لَهُمۡۗ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلظَّٰلِمِينَ


Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan perselisihan (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

Surah At-Tawbah[9], Ayah 47

GILA

بِأَييِّكُمُ ٱلۡمَفۡتُونُ


Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.

Surah Al-Qalam[68], Ayah 6

Ini sebahagian maksud fitnah yang diceritakan dalam Al-quran.

Dalam budaya melayu Malaysia, kita sudah terbiasa dengan istilah fitnah itu pada perbuatan menfitnah iaitu menyebar berita palsu tentang seseorang yang memburukan individu tersebut. Dosa fitnah ini termasuk dalam kategori dosa besar.

Semoga dengan perkongsian ini, membuatkan kita memahami maksud fitnah dengan lebih luas.

Rujukan:
Muslim.or.id
Al-Mufrad Fi Gharib Al-Quran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *