dosa mulut

Dosa mulut bermaksud sebarang bentuk perilaku yang bertentangan dengan syariat Islam yang menggunakan anggota mulut.

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia berkata baik atau diam.”

HR Bukhari NO. 5671

Hadith di atas memberi gambaran tentang pentingnya memberi perhatian yang khusus tentang apa yang kita ingin ungkapkan.

Hanya yang baik-baik sahaja yang perlu kita ungkapkan. Dan sekiranya tidak baik kita perlu diam.

Jadi dengan hadith ini, mengajarkan kita untuk melakukan ‘Quality Control’ sebelum bercakap. Maksudnya sebelum kita bercakap kita ‘pause’ seketika dan cuba menilai apa yang kita ingin cakapkan ini adakah sesuatu yang baik atau tidak. Sekiranya baik terus berkata-kata andai sebaliknya kawal mulut kita dengan diam.

Apa yang berlaku di masa kini, apa sahaja yang terlintas nak cakap kita terus cakapkan. Tanpa menilai buruk dan baik mengikut syariat. Adakah termasuk mengumpat, menfitnah, menipu, mencela atau mengadu domba.

Sedangkan menipu dengan niat melawak pun tidak dibenarkan dalam Islam.

وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِالحَدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القَوْمَ فَيَكْذِبُ، وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ

Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!

HR Tirmidzi No. 2315

Ditambah dengan kewujudan media sosial, seseorang itu bertambah berani untuk bercakap apa sahaja, kerana tidak berhadapan secara langsung dan ini lebih membuka ruang untuk seseorang itu melakukan dosa mulut.

DOSA MULUT MEMBAWA SI PELAKU KE NERAKA

Dalam satu hadith diceritakan dua sebab seseorang itu ke neraka

مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ

“Perkara apa yang banyak menyebabkan masuk neraka?” beliau menjawab: “Dua rongga yang terbuka yaitu mulut dan kemaluan.”

HR Ibnu Majah No. 4236

Jelas dalam hadith ini salah satu daripada rongga itu adalah mulut.

Kebanyakan dosa mulut selalunya melibatkan orang lain, seperti dosa menfitnah, mengumpat dan membohong.

Jadi sekiranya kita buat dosa ini, kita perlu meminta maaf daripada orang tersebut barulah taubat kita diterima oleh Allah.

MEMELIHARA MULUT TANDA ORANG ISLAM

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ النَّاسُ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Seorang muslim sejati adalah orang yang manusia lainnya selamat dari lidah dan tangannya

HR Ahmad No. 15082

Adakah saudara Islam disekeliling kita hari ini bebas selamat daripada kejian, umpatan, dan fitnah daripada kita.

Atau hari-hari kita tidak sempurna andai kita tidak bercakap buruk mengenai seseorang muslim yang lain.

Kita bimbang, kita sudah melakukan amal soleh, tapi kerana mulut kita yang tidak dikawal, semua amal soleh kita itu menjadi tersisa dan atau terus terhapus.

Ayuh berusaha jaga lidah kita, untuk ke syurga.

Rujukan

Mufti Wilayah Persekutuan

Ensklopedia Hadith

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *