maksud alquran

Apa itu Al-Quran?

Sebelum kita memahami isi kandungan Al-Quran, adakah kita tahu apakah itu Al-Quran dan maksudnya?

.

Sedikit pengenalan ringkas berkenaan Al-Quran.

.

1. Al-Quran adalah Kalam Allah.

Apa yang dimaksudkan dengan Kalam Allah?

Kalam Allah adalah kata-kata dari Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril.

.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” Surah Al-Hijr ayat 9

2. Mukjizat

Al-Quran merupakan mukjizat yang agung dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. kenapa di katakan agung?

.

Katakanlah (wahai Muhammad): “sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”.

Isra’ ayat 88

.

Agung kerana tidak ada satu makhluk pun yang dapat mereka satu ayat yang hebat seperti ayat Al-Quran.

3. Diturunkan kepada hati nabi Muhammad S.A.W

Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (ia diturunkan) dengan bahasa arab yang fasih serta terang nyata. Ash-Shu’ara ayat 192-195

.

4. disampaikan kepada kita secara mutawatir

Apa yang dimaksudkan dengan mutawatir?

Mutawatir adalah riwayat yang disampaikan oleh banyak orang dan tidak mungkin mereka bersepakat untuk berbohong.

.

Jadi menunjukkan Al-Quran itu tidak mungkin akan diseleweng.

5. Membacanya adalah ibadah

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). Fatir ayat 29-30

.

Jadi, inilah sedikit sebanyak definisi berkenaan Al-Quran. Banyak lagi yang akan kita kupas berkenaan Al-Quran dari segi fungsinya serta apa makna-makna tersirat yang dipanggil tadabbur. Sila kongsikan artikel ini jika memberi manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *